Cari:
Tebusan AS Dibunuh oleh IS
2015-02-11 14:18:56 CRI Cetak

Presiden AS, Barack Obama semalam mengesahkan warga negara itu, Kayla Jean Mueller, yang diculik oleh kumpulan militan Negara Islam (IS) telah dibunuh. Keluarga Mueller turut mengesahkan kematian tersebut.

Obama dalam kenyataannya menyampaikan rasa simpati kepada keluarga Mueller dan berjanji AS akan mengenakan hukuman terhadap pengganas yang terbabit.

IS pada minggu lalu menyatakan bahawa Kayla Mueller maut dalam serangan udara tentera Jordan terhadap IS di Syria minggu lalu. Namun pegawai AS tidak dapat mengenal pasti maklumat tersebut pada ketika itu.

Menurut jurucakap Suruhanjaya Keselamatan Negara White House, Bernadette Meehan, IS memberikan maklumat terkini kepada keluarga Mueller pada hujung minggu lalu. Pegawai perisikan AS mengenal pasti kematian beliau selepas mengesahkan kebenaran maklumat itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China