Cari:
Empat Negara Bincang Isu Ukraine di Minsk
2015-02-12 17:06:55 CRI Cetak

Pemimpin empat negara yang terlibat dengan isu Ukraine iaitu Ukraine, Rusia, Jerman dan Perancis mengadakan pertemuan di Minsk, Belarus semalam.

Menurut laporan Agensi Berita Belarus, Presiden Ukraine, Alexandar Lukashenko, Presiden Rusia, Vladimir Putin, Canselor Jerman, Angela Merkel dan Presiden Perancis, Francois Hollande mengadakan rundingan tertutup yang tanpa disertai delegasi negara masing-masing. Mesyuarat yang disertai delegasi empat negara akan diadakan kemudian.

Menurut pendapat umum, sidang kemuncak empat negara yang disebut sebagai "model Normandy" ini akan memberikan asas demi menyelesaikan krisis di Ukraine. Pada masa ini, perkara yang paling utama ialah melaksanakan perjanjian gencatan senjata Minsk, menetapkan zon bebas tentera dan menjamin barang bantuan kemanusiaan dihantar ke kawasan berkonflik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China