Cari:
China Tetap Amalkan Dasar Buka Pintu
2015-02-13 11:07:15 CRI Cetak

China tetap mengamalkan dasar buka pintu dan mengalu-alukan syarikat luar negara mengembangkan perniagaan di China.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying ketika mengulas celaan terhadap penyeliaan dan pengawalan internet di negara ini dalam sidang akhbar di Beijing semalam.

Lembaga Perniagaan Kesatuan Eropah di China baru-baru ini mengeluarkan kenyataan yang menyatakan bahawa berdasarkan keputusan satu soal selidik lembaga berkenaan, 86% responden berpendapat penyeliaan dan pengawalan kerajaan China terhadap internet kian ditingkatkan dan ini menjejaksan pelaburan dan operasi syarikat Eropah di negara ini.

Hua menjelaskan, menurut data yang diumumkan oleh Persidangan Perdagangan dan Pembangunan PBB (UNCTAD) baru-haru ini bahawa China menjadi negara yang menarik paling banyak pelaburan langsung asing (FDI) di dunia pada tahun lalu. Asalkan syarikat luar negara mematuhi undang-undang China, tidak melakukan tindakan yang menjejaskan keselamatan dan kepentingan pengguna di negara ini, China akan menjaga kepentingannya yang sah di sisi undang-undang, serta mengalu-alukan syarikat luar negara mengembangkan perniagaan di China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China