Cari:
2 Terbunuh Kes Tembakan di Denmark
2015-02-15 16:38:08 CRI Cetak

Dua kes tembak-menembak berlaku di Copenhagen, Denmark petang semalam dan awal pagi tadi, mengakibatkan dua orang terbunuh, manakala lima orang polis cedera. Pembunuh kedua-dua kes telah melarikan diri dan polis tempatan tidak dapat memastikan sama ada kedua-dua kes itu mempunyai kaitan atau tidak.

Menurut pihak polis, kes tembakan pertama berlaku di sebuah pusat kebudayaan di Copenhagen. Duta Besar Perancis ke Denmark, Francois Zimeray, dan seniman Sweden, Lars Vilks, sedang mengadakan sesi perbincangan di sana. Menurut siasatan awal pihak polis, kes tembakan tersebut disasarkan kepada Lars Vilks kerana beliau pernah menghasilkan karton dengan imej Nabi Mohammed. Kes itu mengakibatkan seorang terbunuh, manakala tiga orang polis cedera. Kes tembakan kedua berlaku di sebuah gereja Yahudi di bandar tersebut dan mengakibatkan seorang terbunuh, manakala dua orang polis cedera.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China