Cari:
AS, Jerman, Ukraine Gesa Perjanjian Gencatan Senjata Disegerakan
2015-02-15 14:50:46 CRI Cetak

Presiden AS, Barack Obama, Canselor Jerman, Angela Merkel dan Presiden Ukraine, Petro Poroshenko mengadakan perbualan melalui telefon semalam untuk membincangkan situasi di timur Ukraine dan melahirkan kebimbangan terhadap konflik yang masih berlaku di sesetengah kawasan di negara tersebut. Mereka menggesa pelbagai pihak yang berkenaan agar segera melaksanakan perjanjian gencatan senjata yang baharu.

White House mengeluarkan kenyataan yang menyatakan pemimpin AS, Jerman dan Ukraine melahirkan kebimbangan terhadap konflik di kawasan timur Ukraine, khususnya di kawasan Debalt'sevo. Obama dan Poroshenko pula menegaskan pentingnya mewujudkan keamanan berkekalan yang menghormati kedaulatan dan perpaduan Ukraine.

Menurut laporan media Ukraine, Presiden Poroshenko semalam berkata, sekiranya keamanan tidak dapat dicapai, pihaknya akan mengamalkan situasi peperangan di negara itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China