Cari:
Abe Berhasrat Mudahkan Penghantaran Pasukan Jepun ke Seberang Laut
2015-02-17 12:51:36 CRI Cetak

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, dalam mesyuarat Dewan Perwakilan Rakyat semalam berkata, satu undang-undang yang tetap perlu digubal bagi memudahkan penghantaran pasukan pertahanan diri negara itu ke seberang laut pada bila-bila masa.

Menurut undang-undang Jepun yang sedia ada, Jepun perlu menggubal undang-undang khas sementara waktu setiap kali penghantaran pasukan pertahanan diri ke seberang laut dilakukan. Undang-undang itu perlu diluluskan oleh parlimen Jepun (Diet) dan akan tamat tempoh selepas misi pasukan pertahanan diri Jepun di seberang laut selesai.

Kerajaan dan Parti Liberal Demokratik Jepun berhasrat untuk memudahkan prosedur dalam proses menghantar pasukan pertahanan diri untuk beroperasi di seberang laut. Menurut analisis, hal ini akan meningkatkan kemungkinan Pasukan Pertahanan Diri Jepun terlibat dalam pertikaian ketenteraan.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China