Cari:
Rundingan Isu Nuklear Iran Disambung Semula
2015-02-21 14:59:37 CRI Cetak

Rundingan dua hala pusingan baharu mengenai isu nuklear Iran disambung semula di Geneva pagi semalam.

Rundingan tertutup yang melibatkan wakil-wakil dari Amerika Syarikat (AS) dan Iran itu menyentuh tentang beberapa perincian termasuk kuantiti mesin emparan dan tindakan sekatan.

Dimaklumkan, Penolong Setiausaha Negara AS, Wendy Sherman dan Naib Menteri Luar Iran yang juga perunding utama, Abbas Araqchi masing-masing mengetuai delegasi untuk rundingan tersebut. Menteri Luar Iran, Javad Zarif dan Setiausaha Negara AS, John Kerry akan menghadiri rundingan yang sudah dimulakan itu esok.

Selepas rundingan dua hala berakhir, wakil lima negara lain (iaitu Britain, Perancis, Rusia, China dan Jerman) daripada enam negara yang terlibat dalam isu nuklear Iran mungkin akan mengambil bahagian dalam rundingan tersebut untuk meneruskan perbincangan berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China