Cari:
Syria Kutuk Operasi Ketenteraan Turki
2015-02-23 12:59:03 CRI Cetak

Kerajaan Syria dalam kenyataan semalam mengutuk tindakan pasukan Turki melancarkan operasi ketenteraan di wilayah Syria tanpa kebenaran negara itu.

Kementerian Luar Syria berkata, kerajaan Turki mendakwa pihaknya sudah memaklumi Konsulat Jeneral Syria di Istanbul untuk melakukan operasi menyelamatkan kira-kira 40 orang askar Turki yang dikepung oleh kumpulan militan Negara Islam (IS) di wilayah Syria. Walau bagaimanapun, kerajaan Syria mencela tindakan ketenteraan yang dilakukan tanpa kebenaran itu kerana telah mencabuli kedaulatannya.

Media Turki melaporkan, terdapat 40 anggota tentera Turki ditugaskan untuk mengawal makam Suleyman Shah yang merupakan datuk kepada pengasas empayar Islam Uthmaniyah, Sultan Osman I yang memerintah Turki dari tahun 1299 hingga 1324. Keputusan untuk membawa pulang askar tersebut dibuat berikutan keadaan keselamatan yang semakin rapuh di kawasan sebahagian wilayah Aleppo yang kini berada di bawah kawalan IS.

Seramai 572 anggota tentera Turki malam kelmarin memasuki Syria dan berjaya membawa pulang 40 rakan mereka yang mengawasi makam berkenaan di Aleppo, bandar yang dikuasai IS. Hanya seorang anggota tentera Turki terbunuh dalam operasi tersebut.

Sebelum ini, Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoglu dalam sidang media menyatakan, pihaknya telah memaklumkan operasi tersebut kepada Syria dan rakan sekutu lain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China