Cari:
RoK Kutuk Hari Takeshima di Jepun
2015-02-23 14:40:03 CRI Cetak

Kerajaan Republik Korea (RoK) mengutuk pihak berkuasa wilayah Shimane di barat daya Jepun kerana mengadakan konvensyen tahunan semalam, selepas menguatkuasakan ordinan tempatan 2006 yang menjadikan 22 Februari sebagai Hari Takeshima.

Kerajaan Rok melalui kenyataan jurucakap Kementerian Luar berkata, perbuatan kerajaan pusat Jepun mengarahkan pegawai kanan untuk menyertai aktiviti menyambut Hari Takeshima dalam tempoh tiga tahun berturut-turut disifatkan sebagai provokasi yang membelakangkan sejarah, sekali gus menafikan sejarah pencerobohan negara itu terhadap Semenanjung Korea.

Seoul menguasai pulau berkenaan yang terletak di perairan timur Semenanjung Korea yang dinamakannya Dokdo pada tahun 1954. Namun, Tokyo mendakwa pulau itu adalah sebahagian wilayah berdaulat Jepun.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China