Cari:
Pelancongan ke Luar Negara Berkembang Pesat
2015-02-25 18:01:39 CRI Cetak
Menurut Jabatan Pentadbiran Pelancongan Kebangsaan China (CNTA) semalam, pasaran pelancongan China beroperasi stabil semasa Tahun Baharu Cina. Pelancongan ke luar negara terus berkembang pesat. Jumlah pelancong ke luar mencatat 5.182 juta orang (tidak termasuk ke Hong Kong dan Makau) pada 18 hingga 24 Februari lalu, meningkat 10% berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu.

Peningkatan nilai RMB, syarat untuk mendapatkan visa sudah dilonggarkan dan persekitaran penggunaan yang semakin baik telah merangsang kesediaan pelancong China untuk ke luar negara semasa Tahun Baharu Cina. Menurut statistik, destinasi yang utama bagi rombongan pelancong China ialah Thailand, Jepun, Republik Korea dan pulau-pulau di Asia Tenggara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China