Cari:
Militan Timur Ukraine Tarik Balik Senjata Berat
2015-02-25 13:38:11 CRI Cetak

Kerajaan Ukraine mempamerkan kelengkapan senjata yang dirampas dari kumpulan militan.

"Republik Rakyat Donetsk" yang ditubuhkan di bahagian timur Ukraine mengumumkan bahawa kumpulan militan telah menarik balik senjata berat secara besar-besaran dari kawasan konflik bermula pagi semalam.

Menurut salah seorang pemimpin ketenteraan negara "republik" tersebut, Eduard Basurin berkata, pihaknya merancang untuk menarik balik 96 buah meriam dari beberapa bandar utama di kawasan Donetsk. Di samping itu, "Republik Rakyat Luhansk" pula berkata, pihaknya telah menarik balik senjata berat bermula pada 17 Februari lalu.

Namun, menurut jurucakap Operasi Antikeganasan Ukraine di bahagian timur, kumpulan militan tidak pernah mengundurkan senjata berat dari kawasan konflik, sebaliknya bertindak dengan menempatkan semula senjata berat tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China