Cari:
Lebarkan Jalan Pembangunan China
2015-02-27 12:39:08 CRI Cetak

Akhbar Harian Renminribao China menerbitkan artikel pengulas yang bertajuk "Usaha Pembaharuan Melebarkan Jalan Pembangunan China" hari ini.

Artikel tersebut menyatakan Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China mengemukakan konsep bersifat strategik bagi meningkatkan usaha pembaharuan secara menyeluruh. Usaha pembaharuan ini dilakukan dengan keyakinan dari segi politik dan juga perancangan yang sistematik dan menyeluruh.

Menurut artikel tersebut, usaha pembaharuan di China dalam tempoh 30 tahun yang lalu dilakukan secara berperingkat-peringat dari mudah ke sukar, dari satu bidang ke seluruh bidang. Berbanding dengan sebelum ini, usaha pembaharuan semasa hendaklah dilakukan dengan tindakan yang tidak teragak-agak dan berani untuk menghadapi sebarang cabaran. Usaha menaik taraf pembaharuan secara menyeluruh akan terus menerokai jalan pembangunan sosialisme yang bercirikan China, di samping meneraju konsistensi dalam merealisasikan impian China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China