Cari:
Aktiviti Memperingati Ulang Tahun ke-70 Berakhirnya Perang Dunia II Bakal diadakan di China
2015-03-03 14:18:20 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Tahun ini China akan mengadakan aktiviti memperingati ulang tahun ke-70 berakhirnya Perang Dunia II. Presiden China, Xi Jinping dan pemimpin China yang lain akan menghadiri aktiviti berkenaan.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying, berkata demikian dalam sidang media semalam di Beijing.

Hua berkata, tahun ini merupakan ulang tahun ke-70 kemenangan Perang Antifasis Dunia dan juga merupakan ulang tahun ke-70 kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun. China berharap agar aktiviti berkenaan dapat membangkitkan semangat dan hasrat rakyat untuk mengekalkan kedamaian, mengelakkan tragedi sejarah daripada berulang lagi dan mempertahankan kemenangan Perang Dunia II, sekali gus mencipta masa depan yang lebih baik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China