Cari:
Persidangan ke-3 CPPCC ke-12 Terima 979 Cadangan
2015-03-03 12:47:19 CRI Cetak

Wartawan dimaklumkan bahawa setakat pukul 5.00 petang semalam, kumpulan kerja cadangan Persidangan ke-3 Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) kali ke-12 telah menerima sebanyak 979 cadangan, 657 daripadanya telah diserahkan kepada jabatan kerajaan yang terlibat untuk dibahaskan.

Menurut maklumat, kandungan cadangan tersebut melibatkan tiga bidang. Para anggota CPPCC memberikan banyak pandangan dan cadangan mengenai isu ekonomi berdasarkan situasi ekonomi baharu China sekarang. Selain itu, para anggota juga memberikan cadangan mengenai usaha mengintensifkan pembaharuan dengan komprehensif dan menggalakkan pentadbiran negara berdasarkan undang-undang. Terdapat juga banyak cadangan lain, antaranya termasuklah mengenai isu meningkatkan taraf kehidupan rakyat dan meningkatkan jaminan sosial.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China