Cari:
Sidang CPPCC Dirasmikan
2015-03-03 14:52:39 CRI Cetak

Sidang ke-3 Jawatankuasa Kebangsaan ke-12 Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC) dirasmikan di Beijing petang ini. Lebih 2,200 orang anggota CPPCC akan mengemukakan cadangan tentang dasar pembangunan sosioekonomi negara dan kehidupan rakyat dalam tempoh 10 hari akan datang.

CPPCC badan penting bagi kerjasama pelbagai parti dan mesyuarat politik yang dipimpin oleh Parti Komunis China (PKC). Mesyuarat itu turut menjadi wadah kepada pelbagai parti, pertubuhan serta tokoh pelbagai etnik dan lapisan masyarakat untuk menggalakkan pembangunan demokrasi dan menyertai hal ehwal negara, serta mendorong perpaduan dan kerjasama. Wartawan Radio Antarabangsa China (CRI), Zhai Lei melaporkan, "Demokrasi secara berunding merupakan salah satu daripada dua cara demokrasi yang terpenting di China. CPPCC merupakan saluran penting dan badan khas untuk mengembangkan demokrasi tersebut. Jawatankuasa Pusat PKC baru mengedarkan cadangan untuk meningkatkan pembangunan demokrasi sosialis pada bulan lalu. Cadangan tersebut merupakan dokumen dasar pertama dalam sejarah PKC mengenai demokrasi muafakat. Dokumen itu turut menetapkan fungsi CPPCC sebagai saluran penting dan badan khas bagi demokrasi secara berunding. Bagaimana mendorong demokrasi tersebut dan menggalakkan pembangunan demokrasi akan menjadi fokus sidang CPPCC kali ini. Sama ada Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC, Yu Zhengsheng akan mengemukakan langkah konkrit mengenai isu-isu berkenaan ketika membuat laporan kerja petang ini amat menarik perhatian media massa."

Zhai Lei pula berkata, "Tahun 2015 merupakan tahun yang penting bagi China untuk memperkasakan pembaharuan secara komprehensif serta tahun pertama bagi meningkatkan usaha dalam pelaksanaan pentadbiran negara mengikut undang-undang. Selain itu, tahun ini merupakan tahun terakhir bagi Rancangan Lima Tahun ke-12. Para anggota CPPCC pasti menaruh perhatian yang tinggi tentang tiga aspek tersebut. Pelbagai isu yang berkaitan dengan strategi negara dan kehidupan rakyat akan menjadi fokus dalam cadangan anggota CPPCC kali ini."

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China