Cari:
China Undang Pemimpin Negara Berkenaan Hadiri Majlis Ulang Tahun ke-70
2015-03-04 13:21:57 Agensi Berita Xinhua China Cetak
China akan mengeluarkan undangan kepada pemimpin semua negara dan pertubuhan antarabangsa yang terlibat untuk menghadiri majlis memperingati ulang tahun ke-70 berakhirnya Perang Dunia II.

Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying, berkata demikian dalam sidang media di Beijing semalam.

Hua berkata, kini urusan berkaitan dengan undangan sedang dalam proses persiapan dan pihaknya akan mengeluarkan maklumat berkenaan pada waktu yang sesuai.

Menurut beliau, perbarisan yang bakal dikendalikan oleh China merupakan sesi penting dalam majlis tersebut. Perbarisan tersebut bertujuan untuk menunjukkan keazaman dan keupayaan rakyat China dan dunia untuk mempertahankan kedamaian dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China