Perdana Menteri China, Li Keqiang dalam laporan kerja kerajaan semalam sudah mengemukakan sasaran utama pembangunan sosioekonomi pada tahun ini, iaitu berusaha mewujudkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat kira-kira 7%. Kadar itu merupakan sasaran pembangunan ekonomi yang paling rendah yang ditetapkan oleh kerajaan China dalam tempoh 10 tahun lalu. Menurut laporan kerja kerajaan tersebut, kalau ekonomi China berkembang dengan kadar tersebut untuk suatu jangka masa yang panjang, negara ini akan mempunyai kekayaan kebendaan yang semakin banyak untuk merealisasikan sasaran modenisasi.
Penganalisis ekonomi berkata, ekonomi China berkemungkinan besar akan berkembang dengan kadar pertumbuhan tahunan kira-kira 7% untuk 20 tahun kelak. Ini dilihat selaras dengan potensi perkembangan ekonomi dan keperluan strategi pembangunan negara ini.
Profesor Lu Feng dari Institut Penyelidikan Pembangunan Negara Universiti Peking berkata, China berpotensi terus berkembang dalam tempoh 20 tahun kelak dengan kadar kira-kira 7% setiap tahun yang dipercayai tetap kelajuan tinggi dan sederhana.
Ahli Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC), yang juga ahli ekonomi, Lin Yifu berkata, bagi negara membangun seperti China, pembangunan ekonomi dengan kelajuan yang tinggi dan sederhana serta penaiktarafan penyusunan semula struktur ekonomi keseluruhan boleh direalisasikan dan juga diperlukan. Beliau berpendapat, jika tidak begitu, pengecilan perbezaan pendapatan dengan negara maju akan dilambatkan, sasaran pembangunan China 2020 akan terjejas, serta mungkin akan timbul pelbagai masalah mengenai pekerjaan dan kewangan.
Sebelum ini, Laporan Kongres Kebangsaan ke-18 Parti Komunis China telah menyebut akan merealisasikan sasaran tentang selesai membangun masyarakat kaya secara menyeluruh menjelang tahun 2020, manakala KDNK dan pendapatan purata penduduk bandar dan luar bandar ditingkatkan sekali ganda berbanding dengan tahun 2010.
Menurut jangkaan Lin pada bulan September lalu, ekonomi China perlu meningkat sekurang-kurang 6.8% purata tahun sejak tahun 2014 untuk mencapai sasaran tentang KDNK ditingkatkan sekali ganda. Kadar peningkatan ekonomi purata tahun tidak boleh kurang daripada 7% untuk merealisasikan sasaran tentang pendapatan penduduk bandar dan luar bandar meningkat sekali ganda.
Sementara itu, Ketua Pejabat Jangkaan Ekonomi Pusat Maklumat Negara China, Zhu Baoliang berpendapat, volatiliti mengenai "kira-kira 7%" adalah 0.2% yang mana boleh diterima ekonomi China.