Cari:
Bolehkah Jepun Gantikan China Sebagai Rakan Kerjasama Pertanian ASEAN?
2015-03-13 15:33:47 CRI Cetak

Menurut laporan Nihon Keizai Shimbun Jepun, bandar Dalat, Vietnam sedang mengimport dan mempopularkan teknologi dan jenama pertanian Jepun. Vietnam dilaporkan sedang menubuhkan jaringan pengangkutan produk pertanian segar, supaya sayur-sayuran dan buah-buahan Vietnam dapat dieksport ke negara-negara jirannya, malah Jepun. Pada masa yang sama, produk pertanian Jepun juga amat digemari oleh pengguna negara-negara Asia Tenggara. Oleh itu, Jepun sedang giat meningkatkan kerjasama pertanian dengan negara-negara berkenaan.

Sekarang, Jepun mengekalkan kerjasama yang rapat dengan negara-negara Asia Tenggara dalam pelbagai bidang termasuk pertanian. Jepun, negara yang kurang sumber asli, terpaksa mengembangkan teknologi sambil meneroka sumber di luar. Negara-negara Asia Tenggara yang kaya dengan sumber asli dan kurang teknologi canggih amat ingin menjalankan kerjasama yang saling menguntungkan dengan Jepun.

Contohnya, Vietnam dan Jepun amat mementingkan kerjasama dalam bidang sains dan teknologi pertanian. Presiden Vietnam, Truang Tan Sang pernah mengunjungi kemudahan pertanian di Ibaraki-ken ketika melawat ke Jepun pada tahun lalu, dan telah menandatangani memorandum persefahaman mengenai kerjasama pertukaran teknologi dan latihan tenaga kerja dalam bidang pertanian. Jepun berharap menjadi rakan kerjasama baharu bagi ASEAN dalam bidang pertanian. Namun begitu, kerjasama negara itu dengan ASEAN dalam bidang tersebut masih belum mampu menandingi kerjasama China dengan ASEAN.

Sebagai negara jiran yang penting bagi ASEAN, China merupakan pasaran eksport utama bagi produk pertanian ASEAN. China bersedia menandatangani perjanjian perdagangan jangka panjang mengenai produk pertanian, dan giat meningkatkan import dari ASEAN. Nilai perdagangan antara kedua-dua pihak dijangka mencatat USD 1 trilion pada tahun 2020 dan pelaburan antara satu sama lain mencatat USD 150 bilion pada 8 tahun akan datang. Berbanding dengan itu, pasaran Jepun yang terhad dianggap kurang berdaya saing dalam bidang pertanian.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China