Cari:
AS dan Iran Berunding Isu Nuklear
2015-03-17 14:45:10 CRI Cetak

Setiausaha Negara AS, John Kerry dan Menteri Luar Iran, Javad Zarif mengadakan rundingan di Lausanne, Switzerland semalam bagi mencari jalan penyelesaian isu nuklear Iran.

Rundingan nuklear Iran telah memasuki fasa yang amat penting sekarang. Selepas rundingan tertutup selama tiga hari di Montreux pada awal bulan ini, Setiausaha Negara AS dan Menteri Luar Iran mengadakan rundingan lagi semalam untuk merapatkan perselisihan supaya menandatangani perjanjian sebelum penghujung bulan Mac.

Kerry berkata, sekiranya Iran boleh membuktikan pelan nuklearnya adalah untuk tujuan damai, pelbagai perjanjian politik akan dicapai pada beberapa hari yang akan datang.

Dalam pada itu, Javad Zarif berkata, masalah teknikal dan sekatan ekonomi merupakan dua topik yang penting. Jika enam pihak yang terlibat sanggup menunjukkan keinginan politik yang sama dengan Iran, perjanjian akan dicapai.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China