Cari:
PM dan Anggota Kabinet Yemen Dibebaskan
2015-03-17 10:57:17 CRI Cetak

Kumpulan militan Huthi hari ini membebaskan Perdana Menteri Yemen, Khaled Bahah dan kesemua anggota Kabinet selepas menahan mereka di dalam rumah selama dua bulan.

Demikian diumumkan oleh jurucakap kerajaan Yemen, Rajeh Badi semalam. Beliau berkata pembebasan itu hasil usaha penyelarasan Penasihat Khas Setiausaha Agung PBB, parti-parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Yemen selama beberapa minggu.

Khaled dalam satu kenyataan berkata, tindakan pembebasan itu bermanfaat bagi mendorong rundingan antara parti di negara itu.

Kumpulan militan Huthi menyerbu masuk dan menduduki Jabatan Presiden pada Januari lalu. Presiden Abdul Rabbu Mansour Hadi, Perdana Menteri Khaled, dan semua anggota Kabinet ditahan di rumah sejak bulan Januari lalu. Pada 21 Februari lalu, Presiden Hadi meninggalkan Sanaa dan menjalankan semula tugas presiden di Aden, selatan Yemen.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China