Cari:
Rice dan Syotaro Bertemu di Washington
2015-03-18 14:25:38 CRI Cetak

Penolong Hal Ehwal Keselamatan Negara White House AS, Susan Rice, menemui Ketua Pengarah Jabatan Jaminan Keselamatan Negara Jepun, Syotaro Yachi di Washington semalam. Rice menegaskan pentingnya untuk mengekalkan hubungan yang rapat antara Republik Korea (RoK) dengan Jepun.

Jurucakap Jawatankuasa Keselamatan Negara White House, Bernadette Meehan berkata, Presiden Barack Obama menanti-nantikan lawatan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe ke AS pada bulan depan. Ini lawatan rasmi pertama Perdana Menteri Jepun ke AS sejak 2006.

Meehan berkata, Rice dan Syotaro telah membincangkan pelbagai topik keselamatan dua hala, serantau dan sejagat, termasuk masalah nuklear Semenanjung Korea, keselamatan maritim Asia Timur, dan lain-lain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China