Cari:
Pemimpin AS, Jerman Seru Pelaksanaan Perjanjian Minsk
2015-03-19 14:12:32 CRI Cetak

Presiden AS, Barack Obama dan Canselor Jerman, Angela Merkel menyeru pelaksanaan Perjanjian Minsk yang baharu secara "menyeluruh dan segera" dan menegaskan tiada pelonggaran sekatan terhadap Rusia.

Menurut kenyataan White House, Obama dan Merkel berpendapat, Perjanjian Minsk yang baharu patut dilaksanakan secara menyeluruh dan segera bagi menamatkan konflik Ukraine secara "kekal dan damai". Mereka menegaskan sekiranya Rusia menunaikan janjinya dalam perjanjian tersebut, barulah sekatan terhadapnya akan dilonggarkan.

Pada hari yang sama, Presiden Rusia, Vladimir Putin berkata, sekatan negara-negara Barat telah membantut pembangunan Crimea, namun sekatan tersebut tidak membawa padah. Rusia akan berusaha membangunkan sendiri kawasan tersebut menjadi "persekutuan yang berdikari dan membangun pesat".

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China