Cari:
Prospek AIIB Dipandang Cerah
2015-03-20 12:27:55 CRI Cetak

Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) kini menjadi tumpuan ramai berikutan Britain, Perancis, Jerman dan Itali masing-masing memohon untuk menganggotai bank tersebut baru-baru ini. Sehubungan dengan itu, beberapa negara Asia Tenggara menyatakan bahawa negara Eropah membuat pilihan yang betul dan prospek AIIB amat cerah.

Timbalan Presiden Bank Kasikorn Thailand, Wichai Kinchong Choi menyatakan bahawa penyertaan negara-negara Eropah dalam AIIB sudah menjadi satu trend umum kerana "sesiapa pun tidak mahu melepaskan kereta api ekonomi laju yang dipacu oleh China di Asia".

Pengerusi Tabung Nanyang ASEAN Indonesia, Bambang Suryono pula menganggap, penubuhan AIIB merupakan hasil kebangkitan dan pembangunan negara pasaran baru muncul di Asia dan juga merupakan simbol kekayaan dan kekuatan negara-negara Asia. Negara Barat menganggotainya kerana ingin berkongsi hasil pembangunan ekonomi Asia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China