Cari:
Switzerland Ingin Anggotai AIIB
2015-03-21 15:32:36 CRI Cetak

Kerajaan Switzerland semalam mengeluarkan pengumuman yang menyatakan negara itu berhasrat untuk menjadi negara anggota pengasas Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB).

Menurut pengumuman itu, AIIB mampu menjadi komponen penting dalam sistem kewangan antarabangsa dan memainkan peranan utama dalam pembinaan kemudahan infrastruktur di Asia. Sementara itu, Switzerland dapat memainkan peranan penting dalam menjamin pengoperasian AIIB selaras dengan standard antarabangsa.

Pada hari yang sama, Kementerian Kewangan China mengesahkan Switzerland telah menyerahkan surat permohonan kepada China pada minggu lalu, dan China mengalu-alukan keputusan negara itu.

Menurut kementerian itu, China selaku pengerusi mesyuarat wakil perunding kanan negara-negara anggota pengasas AIIB, sedang meminta pandangan negara anggota pengasas yang lain. Sekiranya permohonan itu diluluskan, Switzerland akan menjadi negara anggota pengasas bank tersebut pada 28 Mac ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China