Cari:
Rundingan Isu Nuklear Iran Disambung Minggu Depan
2015-03-21 15:46:00 CRI Cetak

Rundingan perjanjian komprehensif tentang isu nuklear Iran pusingan baharu yang disertai oleh enam negara yang terlibat dengan isu nuklear Iran, Kesatuan Eropah (EU) dan Iran digantung semalam dan akan disambung di Switzerland pada lewat minggu depan.

Menurut Ketua Jabatan Pengawalan Ketenteraan Kementerian Luar China, Wang Qun yang menghadiri rundingan itu, rundingan pusingan ini merupakan pusingan kelima antara enam negara dengan Iran selepas keputusan tempoh pencapaian rundingan perjanjian komprehensif dipanjangkan yang dicapai pada bulan November lalu. Pelbagai pihak berkenaan telah mengadakan rundingan dua hala dan pelbagai hala, khususnya rundingan antara AS dan Iran. Rundingan ini telah mencapai kemajuan besar dan menunjukkan hasrat politik, sikap pragmatik dan fikiran baharu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China