Cari:
AIIB, Tetingkap Baharu Pertumbuhan Ekonomi Asia
2015-03-31 14:19:14 CRI Cetak

31 hb. Mac merupakan tarikh akhir penerimaan dokumen permohonan menjadi anggota pengasas Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) yang diterajui China. Setakat ini, angka negara yang memohon menganggotai bank tersebut meningkat kepada 44 berikutan Mesir, Finland dan Rusia yang mengesahkan permohonan mereka Isnin lalu.

Pihak berkuasa China beberapa kali menyatakan bahawa AIIB lebih tertumpu kepada sokongan dana terhadap projek-projek infrastruktur di Asia bagi tujuan meningkatkan kesalinghubungan dan pertumbuhan ekonomi serantau.

Kini, kebanyakan negara di Asia berada di fasa pengindustrian dan urbanisasi yang pesat namun tergendala ekoran ketinggalan kemudahan infrastruktur dan kekurangan dana. Statistik Bank Pembangunan Asia (ADB) menunjukkan, bermula tahun 2010 hingga 2020, entiti-entiti ekonomi Asia memerlukan sekurang-kurangnya USD 8 trilion untuk menaiktarafkan infrastruktur mereka ke tahap purata antarabangsa. Walau bagaimanapun, sistem kewangan global yang sedia ada tidak dapat memenuhi permintaan itu.

Profesor Paul Wachtel dari Sekolah Perniagaan Stern Universiti New York menganggap bahawa pembinaan infrastruktur mencipta peluang pelaburan yang berterusan, sekali gus membawa keuntungan yang mapan. Projek infrastruktur besar maknanya, biar pun di Asia malah seluruh dunia. Ini telah menyediakan peluang kepada penubuhan AIIB.

Tokoh penganalisis berpendapat bahawa beberapa kuasa besar dari Barat memohon untuk menganggotai AIIB kerana mereka tidak mahu ketinggalan dalam merebut peluang pembangunan infrastruktur di Asia, selain menaruh keyakinan penuh kepada ekonomi China.

Profesor Kamel Mellahi dari Sekolah Perniagaan Universiti Warwick Britain menyatakan bahawa AIIB, yang dianggap satu strategi bersifat bekerjasama yang saling menguntungkan, akan berfungsi merapatkan hubungan antara negara-negara Asia. China akan memanfaatkan keuntungan daripada bank itu, manakala negara-negara berkenaan pula dapat memperoleh kepentingan daripada China yang memiliki secukupnya modal serta kemampuan hebat dalam pembangunan infrastruktur.

Pendapat umum menganggap bahawa penubuhan AIIB bukanlah satu peristiwa ekonomi sahaja, malah perubahan pola ekopolitik antarabangsa. Mereka yang mahu menjadi pengasas AIIB telah memilih satu trend perkembangan, iaitu berusaha membentuk satu pola baharu yang bersifat bekerjasama, inklusif dan saling menguntungkan. Boleh dikatakan bahawa AIIB pasti akan memainkan peranan membina dalam ekonomi global.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China