Cari:
Iran Komited Patuhi Kenyataan Bersama
2015-04-04 14:57:46 CRI Cetak

Presiden Iran, Hassan Rouhani mengalu-alukan kenyataan bersama berhubung nuklear Iran yang dicapai antara negara itu dengan enam negara termasuk AS, Britain, Perancis, Rusia, China dan Jerman serta Kesatuan Eropah (EU).

Beliau dalam ucapannya menerusi siaran TV semalam berkata, Iran komited untuk mematuhi janji yang dibuat sebelum ini dan menunaikan kewajipannya. Pendekatan penyelesaian yang terangkum dalam kenyataan bersama itu adalah praktik dan selaras dengan kepentingan negara. Iran yang menunjukkan keinginan baik dalam rundingan berkenaan akan mengekalkan cara yang bersifat membina dalam melakukan dialog dengan pihak-pihak lain.

Rouhani berkata, sekatan terhadap Iran akan diberhentikan setelah perjanjian muktamad dicapai. Negara itu boleh meneruskan aktiviti pengayaan uranium di wilayahnya dan teknologi nuklear berkenaan dapat disimpan. Ini membuktikan bahawa program nuklear Iran dilaksanakan bagi tujuan damai dan bukannya ancaman kepada negara-negara lain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China