Cari:
Wang Yi dan Kerry Bincangkan Isu Nuklear Iran
2015-04-04 15:08:01 CRI Cetak

Menteri Luar China, Wang Yi membincangkan isu nuklear Iran atas undangan dengan Setiausaha Negara A.S., John Kerry melalui telefon semalam.

Kerry menyatakan bahawa pihaknya menghargai peranan penting dan bersifat membina yang dimainkan China dalam pusingan baharu rundingan isu nuklear Iran. Atas kerjasama pelbagai pihak yang terlibat, rundingan itu telah mencapai kemajuan dengan memenuhi hasrat masyarakat antarabangsa.

Wang Yi pula menyatakan bahawa rundingan peringkat menteri luar mengenai isu nuklear Iran mencapai persepakatan ekoran pelbagai pihak memegang peluang sejarah dan menjalankan usaha bersama. China dan A.S. memikul tanggungjawab yang penting dalam memelihara sistem kawalan nuklear antarabangsa. China akan terus memainkan peranan yang bersifat membina di samping meneruskan penyelarasan dengan pihak-pihak terlibat termasuk A.S. untuk mencapai perjanjian muktamad.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China