Cari:
Aktiviti Peringati 35 Juta Mangsa Perang Menentang Pencerobohan Jepun di China
2015-04-04 15:32:58 CRI Cetak

Tahun ini ulang tahun ke-70 kemenangan rakyat China dalam perang menentang pencerobohan Jepun yang juga kemenangan dunia dalam perang anti Fasis, aktiviti menyatakan rasa duka cita kepada anggota tentera dan rakyat China yang terkorban dalam tempoh perang itu telah menjadi salah satu kandungan utama dalam aktiviti pada Pesta Qingming di pelbagai tempat di China. Sejak berlakunya kejadian "18 September" pada tahun 1931 hingga tahun 1945, jumlah kematian anggota tentera dan rakyat China mencatat 35 juta.

Di taman pengingatan Pasukan Gerila Landasan Kereta Api di bandar Zaozhuang, provinsi Shandong, seramai lebih seribu guru, pelajar dan individu lain bertafakur di depan tuguh peringatan dan meletakkan karangan bunga.

Di bandar Guilin, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi, taman pengingatan Kumpulan Sukarelawan A.S. (AVG) dibuka kepada para pengunjung baru-baru ini. AVG yang diketuai bekas pegawai tentara udara A.S., Claire Lee Chennault datang ke China untuk menyertai perjuangan menentang pencerobohan Jepun pada bulan Julai tahun 1941.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China