Cari:
Siminar Peringati Ulang Tahun ke-25 Penguatkuasaan Undang-undang Asas Hong Kong
2015-04-05 15:09:33 CRI Cetak

Seminar mengenai ulang tahun ke-25 penguatkuasaan Undang-undang Asas Hong Kong telah diadakan di Pusat Konvensyen dan Pameran Hong Kong(HKCEC) semalam. Naib Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC), Tung Chee Hwa, Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, Leung Chun-ying, pegawai kerajaan Hong Kong yang lain, wakil pertubuhan sosial dan pelajar telah menghadiri seminar itu dan bersama-sama meninjau kembali usaha penggubalan, pengumuman dan penguatkuasaan undang-undang itu serta membincangkan visi perkembangan pada masa depan.

Leung Chun-ying menyatakan bahawa para peserta berkumpul di HKCEC, tapak yang diadakannya majils kerajaan China memulihkan kedaulatan terhadap Hong Kong pada 1 Julai tahun 1997 untuk mengimbas kembali usaha penggubalan dan perundingan terhadap Undang-undang Asas Hong Kong pada hari ini. Hal ini mempunyai erti yang realistik dan nilai panduan bagi memahami dengan betul dasar "Satu Negara Dua Sistem", "Orang Hong Kong Mentadbirkan Hong Kong" dan "Autonomi Diri pada Tahap Tinggi".

Leung Chun-ying menegaskan bahawa dalam tempoh 15 tahun sejak China dan Britain mengadakan rundingan mengenai isu Hong Kong pada tahun 1982 hingga Hong Kong kembali ke pangkuan tanah air, Undang-undang Asas Hong Kong yang dikuatkuasakan pada tahun 1990 merupakan batu asas bagi memastikan kestabilan dalam tempoh peralihan dan sandaran bagi membentuk kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong. Undang-undang Asas pasti akan memainkan peranan yang lebih penting pada masa depan. Dengan ini, undang-undang itu perlu dikenali dan difahami dengan lebih tepat dan menyeluruh. Kerajaan Hong Kong akan berusaha memperkenalkan dan melakukan pendidikan mengenai undang-undang itu di kalangan masyarakat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China