Cari:
Kumpulan Terakhir Rakyat China Dibawa Keluar Yaman
2015-04-07 14:17:55 CRI Cetak

Kumpulan terakhir rakyat China seramai 24 orang yang dibawa keluar dari Yaman dengan menaiki kapal frigat Linyi milik tentera laut China berikutan pergolakan di negara tersebut, tiba di Pelabuhan Djibouti awal pagi ini.

Atas permintaan kerajaan Sri Lanka, 45 orang warga negara itu juga diatur menaiki kapal China tersebut meninggalkan Pelabuhan Hodeidah di Yaman.

Dalam pada itu, kapal depot Weishanhu pula membantu membawa pulang 9 orang warga China dan seorang warga Jepun dari Pulau Socotra.

Setakat ini, seramai 613 warga China dan 279 warga asing dari 15 negara telah dibawa keluar dari Yaman atas bantuan kerajaan China.

Dimaklumkan, Kedutaan Besar China ke Yaman dan Konsulat Jeneral di Aden ditutup buat sementera akibat situasi keselamatan yang semakin meruncing di negara tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China