Cari:
Kenya Bom Sarang al-Shabaab
2015-04-07 14:26:30 CRI Cetak

Tentera udara Kenya membedil dua kem al-Shabaab di Somalia kelmarin sebagai serang balas terhadap serangan ke atas Universiti Garissa oleh kumpulan militan itu minggu lalu.

Sumber Angkatan Pertananan Kenya berkata, jet penggempur telah membedil kem di daerah Gondodowe dan Ismail yang terletak dalam kawasan Gedo, bersebelahan Kenya. Pihaknya menyasarkan dua daerah itu kerana mengikut sumber yang diterima, pengikut al-Shabaab yang menyerang Kenya adalah dari daerah tersebut.

Lelaki bersenjata daripada kumpulan al-Qaeda itu telah membunuh 148 orang apabila mereka menyerang kampus universiti berkenaan yang terletak 200 kilometer dari sempadan Somalia pada Khamis lalu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China