Cari:
China Tingkatkan Kerjasama Pembiayaan dengan Negara-negara Terlibat OBAOR
2015-04-07 12:25:43 CRI Cetak
Kerajaan China mengemukakan Gagasan dan Tindakan Membangunkan Jalur Ekonomi Laluan Sutera dan Laluan Sutera Maritim abad ke-21 (OBAOR) baru-baru ini. Pegawai kumpulan kerja gagasan dan tindakan berkenaan ketika menjawab pertanyatan wartawan mengenai keadah China untuk mempergiat kerjasama pembiayaan modal dengan negara-negara terlibat dalam OBAOR, menjelaskan bahawa pembinaan OBAOR memerlukan modal dalam jumlah yang besar, di samping kerjasama ekonomi dan perdagangan pula akan turut mengakibatkan peredaran mata wang yang berjumlah besar. Oleh itu, pembiayaan modal antara sokongan penting demi pembinaan OBAOR.

Pertama, China akan mengintensifkan kerjasama kewangan, dan mendorong pembinaan sistem kestabilan matawang, sistem pelaburan dan pembiayaan, dan sistem kredit di Asia. China akan memperluas lingkungan dan skop pertukaran dan pembayaran matawang antara China dengan negara-negara terlibat dalam OBAOR, dan menggalakkan keterbukaan dan pembangunan pasaran sekuriti di Asia. Di samping itu, China akan terus berusaha untuk menggalakkan pembinaan Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB), dan Bank Pembangunan BRICS. Pelbagai pihak berkenaan akan mengadakan rundingan mengenai pembinaan badan pembiayaan Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) dan mempercepat pembinaan Tabung Laluan Sutera. China akan terus mempergiat kerjasama pragmatik dengan Pertubuhan Antara Bank China-ASEAN dan Pertubuhan Antara Bank SCO supaya melaksanakan kerjasama kewangan multilateral melalui pelbagai saluran. China akan memberikan sokongan kepada kerajaan negara-negara terlibat OBAOR atau perusahaan yang mempunyai taraf kredit yang tinggi menerbitkan bon RMB. China juga akan menggalakkan institusi kewangan dan perusahaan yang layak menerbitkan bon RMB atau bon matawang asing di luar negara, dan menggalakan negara-negara terlibat OBAOR menggunakan modal yang dikumpul.

Kedua, China akan meningkatkan kerjasama penyeliaan kewangan dengan negara-negara terlibat OBAOR supaya mewujudkan mekanisme penyeliaan dan penyelarasan yang berefisien tinggi di rantau ini. China akan berusaha bersama-sama dengan negara-negara berkenaan untuk menyempurnakan sistem menangani risiko dan krisis serta membentuk sistem amaran pengesan risiko kewangan serantau. China juga akan mempergiat interaksi dan kerjasama dengan badan pengawalan kredit, badan perkhidmatan kredit dan badan penarafan kredit. Selain itu, China memberikan sokongan kepada Tabung Laluan Sutera dan tabung berdaulat negara-negara terlibat untuk memainkan peranan penting dan menggalakkan tabung ekuiti komersial dan modal swasta terlibat dalam pembinaan projek OBAOR.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China