Cari:
Bina Komuniti Berkongsi Masa Depan Sungai Lancang-Mekong
2015-04-07 12:22:29 CRI Cetak

Menteri Luar China, Wang Yi semalam ditemui pegawai kanan dari Thailand, Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam yang menghadiri dialog dan kerjasama Sungai Lancang-Mekong di Beijing semalam.

Wang berkata, negara-negara di kawasan aliran Sungai Lancang-Mekong merupakan komuniti berkongsi masa depan dengan China di Asia serta rakan kerjasama yang penting untuk membina "satu jalur satu laluan". Dialog dan kerjasama Sungai Lancang-Mekong mempunyai permintaan dan asas yang baik. Proses mewujudkan kedamaian, kestabilan, pembangunan dan kemakmuran di kawasan tersebut sesuai dengan kepentingan keenam-enam negara tersebut dan mendorong pembinaan Komuniti ASEAN dan proses integrasi ASEAN.

Pegawai dari enam negara tersebut bersetuju dengan pandangan Wang Yi. Menurut mereka, pembangunan China menjadi peluang pembangunan kepada negara-negara di kawasan aliran Sungai Lancang-Mekong. Anjuran China untuk membina "satu jalur satu laluan" dan Komuniti Berkongsi Masa Depan Asia dialu-alukan oleh negara-negara di subkawasan tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China