Cari:
China: Pertikaian Patut Diselesaikan oleh Negara Terlibat
2015-04-18 14:58:07 CRI Cetak

China berpendirian teguh dalam penyelesaian pertikaian di laut iaitu pertikaian berkenaan mesti diselesaikan langsung oleh negara-negara terlibat. China menggesa negara-negara berkenaan memberikan sumbangan demi keamanan dan kestabilan serantau.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei ketika mengulas kenyataan Mesyuarat Menteri Luar Kumpulan Tujuh (G7) yang memberikan perhatian kepada perubahan situasi di Laut Timur dan Laut China Selatan ekoran tindakan sepihak. Kenyataan itu turut menyatakan sokongan terhadap pembinaan mekanisme kerjasama keselamatan laut dan menegaskan peranan positif Kod Tatalaku di Laut China Selatan (COC) ASEAN-China.

Hong berkata, pendirian China dalam isu berkaitan laut adalah konsisten dan jelas. China sentiasa giat berusaha bersama-sama dengan negara-negara yang terlibat untuk memelihara keamanan dan kestabilan serantau serta menggalakkan kerjasama saling menguntungkan. Kini, situasi di rantau ini adalah stabil pada umumnya, dan kerjasama berkenaan pula mencapai kemajuan. Negara-negara berkenaan diharap menghormati usaha negara serantau dalam memelihara keamanan dan kestabilan, dan memberikan sumbangan demi keamanan dan kestabilan rantau ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China