Cari:
China Kecewa Pembanaruan Kuota IMF
2015-04-19 15:22:36 CRI Cetak

Pelan pembaharuan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) digesa dilaksanakan secara menyeluruh.

Demikian dinyatakan oleh Gabenor Bank Rakyat China, iaitu bank pusat China, Zhou Xiaochuan ketika menghadiri Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat G20 di Washington, AS semalam.

Menurutnya, kemajuan pembaharuan kuota IMF amat mengecewakan. Pelbagai pihak digesa berusaha sedaya upaya untuk memelihara maruah, kesahihan dan keberkesanan IMF.

Menurut pakej pelan pembaharuan IMF mengenai kuota dan tadbir urus Lembaga Eksekutif IMF pada bulan November tahun 2010, kuota China akan ditingkatkan daripada kedudukan ke-6 kepada tempat ke-3. Kuota negara-negara maju akan menurun kepada 57.7%, manakala kuota negara-negara membangun pula ditingkatkan kepada 42.3%. Namun pelan ini tidak dilaksanakan secara hakiki ekoran AS, anggota terbesar tabung itu masih belum meluluskannya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China