Cari:
Pelan Pembaharuan Politik HK Dapat Sokongan
2015-04-23 15:36:37 CRI Cetak
Pelan pembaharuan politik mengenai pemilihan ketua eksekutif Hong Kong (HK) melalui hak mengundi sejagat yang dikeluarkan oleh kerajaan wilayah pentadbiran khas tersebut semalam, mendapat sokongan padu daripada semua lapisan masyarakat di HK. Mereka menganggap pelan tersebut sebagai sistem pemilihan yang paling sesuai dengan keadaaan semasa di HK.

Mereka juga berharap agar ahli Majlis Undangan bersetuju dengan pendapat umum untuk membenarkan lima juta pengundi yang layak mengundi bagi memilih ketua eksekutif HK pada tahun 2017.

Sebanyak 41 orang ahli Majlis Undangan dalam kenyataan bersama semalam, menyuarakan sokongan terhadap pelan tersebut. Mereka yakin, pelan berkenaan, jika dapat diluluskan, akan membantu menyelesaikan perselisihan pendapat mengenai sistem politik di HK.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China