Cari:
Pemimpin PKC dan Kuomintang akan Bertemu di Beijing
2015-04-24 16:27:24 CRI Cetak
Selepas menghadiri Forum Ekonomi, Perdagangan dan Kebudayaan Rentas-Selat Taiwan ke-10 di Shanghai pada 3 Mei nanti, Pengerusi Parti Kuomintang China, Eric Chu, akan mengetuai delegasi Parti Kuomintang China mengadakan lawatan ke Beijing.

Pada masa itu, pemimpin Parti Kuomintang dan Parti Komunis China (PKC) akan bertukar-tukar pendapat mengenai kedua-dua parti dan hubungan rentas-selat Taiwan.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Pejabat Urusan Taiwan Jawatankuasa Pusat PKC hari ini.

Pada hari yang sama, pihak Parti Kuomintang juga menyiarkan berita mengenai Eric Chu yang akan bertemu dengan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC pada 4 Mei nanti bagi membincangkan prospek hubungan rentas-selat Taiwan dan kepentingan rakyat kedua-dua pihak.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China