Cari:
Wang Yi: China Sarankan Pembentukan Komuniti Berkongsi Nasib dengan Negara Serantau
2015-04-25 15:27:58 CRI Cetak

Lawatan Presiden China, Xi Jinping ke Paksitan dan kehadiran beliau dalam Sidang Kemuncak Asia-Afrika(AAS) memperlihatkan komitmen pihak China untuk memperkasakan perpaduan dan kerjasama dengan negara membangun, dan membentuk komuniti berkongsi nasib dengan pelbagai negara serantau. Demikian dinyatakan oleh Menteri Luar China, Wang Yi yang mengiringi Presiden Xi dalam lawatan kali ini.

Presiden Xi memilih Pakistan sebagai negara pertama yang dilawati pada tahun ini memperlihatkan perhatian China tentang perkembangan hubungan dengan Pakistan. Dalam tempoh lawatan itu, pemimpin kedua-dua negara bersepakat untuk meningkatkan hubungan dua hala kepada perkongsian kerjasama strategik sepanjang masa.

Menyebut tentang kehadiran Presiden Xi dalam AAS pula, Menteri Luar China itu berkata bahawa Persidangan Asia-Afrika yang diadakan di Bandung pada 60 tahun lalu membuka lembaran baharu kepada perpaduan dan kerjasama antara Asia dan Afrika dan pelbagai negara membangun. AAS yang diadakan pada masa 60 tahun selepas itu memberikan fokus kepada tema utamanya iaitu "mengintensifkan kerjasama selatan-selatan, menerajui kedamaian dan kemakmuran dunia". Penganjuran AAS kali ini mempunyai erti yang signifikan untuk terus menyemarakkan semangat Bandung yang menggalakkan perpaduan, persahabatan dan kerjasama. Presiden Xi ketika berucap dalam sidang kemuncak itu telah membentangkan pendirian pihak China dalam menyemarakkan semangat Bandung dan menerajui kerjasama Asia-Afrika.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China