Cari:
Semua Pendaki Puncak Everest Warga China Berpindah ke Tempat Selamat
2015-04-26 15:47:58 CRI Cetak

Semua 15 orang pendaki gunung warga China yang mendaki puncak Everest dari lereng gunung sebelah Tibet telah selamat tiba di pangkalan regu pada ketinggian 5,200 meter dari paras laut.

Menurut seorang pegawai Jabatan Sukan Wilayah Autonomi Tibet China bahawa gempa bumi kuat yang berlaku di Nepal telah mencetuskan runtuhan salji dan es yang dahsyat di lereng Gunung Everest sebelah Tibet pada ketinggian 7,028 meter. Sehubungan dengan itu, pihaknya telah menuntut semua pendaki gunung menurun dari puncak Everest ke pangkalan regu. Pendaki gunung warga asing kini juga beransur-ansur berpindah ke pangkalan regu.

Musim bunga pada masa ini merupakan tempoh sesuai untuk mendaki puncak Everest. Lebih 400 orang dianggar sedang mendaki puncak tersebut ketika berlakunya gempa bumi di Nepal. Runtuhan salji akibat gempa bumi telah menyebabkan sekurang-kurangnya 8 orang pendaki gunung terkorban setakat ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China