Cari:
25 Maut di Tibet Ekoran Gempa Bumi Dahsyat di Nepal
2015-04-28 11:17:51 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Setakat malam semalam, 25 orang dilaporkan maut, manakala 117 lagi cedera di Wilayah Autonomi Tibet ekoran gempa bumi yang dahsyat melanda Nepal. Jumlah kematian dan kecederaan dijangka akan terus meningkat.

18 buah kaunti di bandar Shigatse turut terjejas dengan gegaran kuat yang berlaku di Nepal. Sebanyak 80% rumah penduduk di kaunti Dingri, Jilong dan Nielamu pula runtuh.

Memandangkan terdapat kesukaran dalam operasi menyelamat, Pengarah Jabatan Pencegahan dan Penyelamatan Bencana Tibet mengarahkan untuk memindahkan mangsa-mangsa ke tempat yang selamat dan melindungi kehidupan penduduk di kawasan bencana.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China