Cari:
China: Perikatan AS-Jepun Tidak Boleh Jejaskan Kepentingan Pihak Ketiga
2015-04-29 16:12:59 CRI Cetak

AS dan Jepun bertanggungjawab untuk memastikan perikatannya tidak menjejaskan kepentingan pihak ketiga termasuk China dan juga kedamaian dan kestabilan rantau Asia-Pasifik. Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei dalam sidang media semalam.

Dalam Mesyuarat Menteri Luar dan Menteri Pertahanan AS-Jepun yang diadakan di New York kelmarin, kedua-dua pihak telah mengeluarkan Garis Panduan Pertahanan AS-Jepun versi baharu. Dokumen itu menyatakan "sekatan geografi" kerjasama keselamatan AS-Jepun akan dihapuskan. Menteri Luar Jepun dalam sidang media sekali lagi menyatakan bahawa dokumen tersebut merangkumi semua kawasan di bawah pentadbiran Jepun termasuk Pulau Diaoyu.

Berhubung dengan isu Pulau Diaoyu, Hong Lei menegaskan bahawa Pulau Dioayu dan pulau-pulau di sekitarnya adalah wilayah China sejak zaman kuno. Fakta ini tidak akan berubah. Kerajaan dan rakyat China akan tetap memelihara kedaulatan dan keutuhan wilayah tersebut.

Ketika diminta mengulas mengenai Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe yang hanya menyatakan rasa kesedihan terhadap isu hamba seks, tetapi tidak mengungkapkan perkataan "meminta maaf" dalam tempoh lawatan beliau ke AS, Hong Lei menyatakan bahawa kegiatan memaksa perempuan menjadi hamba seks askar semasa Perang Dunia II sehingga menjejaskan fizikal dan mental mangsa berkenaan adalah satu dosa yang dilakukan militarisma Jepun terhadap rakyat negara Asia dan negara lain. Fakta itu tidak boleh dinafikan .

China berharap agar Jepun melihat fakta sejarah dengan tepat dan bertanggungjawab dalam menangani isu sejarah termasuk isu hamba seks serta mengambil tindakan yang sebenar untuk memperoleh kepercayaan negara jiran dan masyarakat anrarabangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China