Cari:
China Mahu Galakkan Hubungan Rakan Strategik dengan Britain
2015-05-12 12:31:09 CRI Cetak

China bersedia untuk berusaha bersama-sama dengan kerajaan baharu Britain demi menggalakkan perkembangan hubungan rakan strategik komprehensif secara berterusan dan stabil.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying dalam sidang akhbar di Beijing semalam.

Parti Konservatif pimpinan David Cameron yang memenangi lebih separuh kerusi dalam parlimen, berjaya mempertahankan kedudukan sebagai parti pemerintah. Sehubungan dengan itu, Hua berkata, Perdana Menteri China, Li Keqiang telah mengutus perutusan tahniah kepada David Cameron yang mengekalkan jawatan Perdana Menteri.

Hua berkata, pengukuhan hubungan kerjasama adalah selaras dengan kepentingan rakyat kedua-dua negara dan bermanfaat demi kestabilan dan kemakmuran dunia. China bersedia untuk mempergiat interaksi dan mengadakan pelbagai kerjasama dengan kerajaan Britain yang baharu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China