Cari:
PM India Bakal Melawat China
2015-05-13 14:04:28 CRI Cetak

Perdana Menteri India, Narendra Modi akan mengadakan lawatan rasmi ke China pada 14 hingga 16 Mei ini. Ketika diwawancara oleh media China, beliau menyatakan bahawa beliau menanti-nantikan lawatan tersebut dan berharap agar dapat bertukar-tukar pandangan dengan pemimpin China bagi meningkatkan hubungan saling kepercayaan dan kerjasama kedua-dua negara dalam pelbagai bidang.

Menurut Modi, beliau amat bertuah kerana menerima kunjungan Presiden Xi di kampung halaman beliau, Gujarat, India pada September tahun lepas. Lawatan beliau ke Xi'an kali ini merupakan lawatan balas atas undangan Presiden Xi.

Tambah beliau lagi, beliau akan mencari hala tuju perkembangan hubungan India-China khususnya dalam kerjasama ekonomi dan perdagangan, supaya China dapat lebih terlibat dalam pembangunan ekonomi di India, terutamanya dalam industri perkilangan dan infrastruktur.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China