Cari:
China Gesa Laksanakan Perjanjian Minsk Baharu
2015-05-14 11:37:46 CRI Cetak

China menggesa pelbagai pihak yang berkenaan untuk melaksanakan Perjanjian Minsk yang baharu demi menggalakkan penyelesaian krisis di Ukraine melalui saluran politik.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying di Beijing semalam.

Menurut beliau, China sentiasa berpendapat dialog politik merupakan satu-satunya saluran yang dapat menyelesaikan krisis di Ukraine. China juga menggalakkan Ukraine mewujudkan keseimbangan antara hubungan domestik dengan hubungan Timur dan Barat supaya ketenteraman di Ukraine, bahkan seluruh Eropah dapat direalisasikan.

Tambah beliau lagi, China mengalu-alukan masyarakat antarabangsa memainkan peranan positif dan membina dalam perkara ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China