Cari:
Pelbagai Lapisan Masyarakat India Sanjung Tinggi Lawatan Modi ke China
2015-05-17 15:42:57 CRI Cetak

Perdana Menteri India, Narendra Modi mengadakan lawatan ke China pada 14 hingga 16 Mei ini. Pakar, sarjana dan media India menyanjung tinggi hasil lawatan ini dan menganggap ia akan menggalakkan kerjasama kedua-dua negara dalam bidang politik, ekonomi dan perdagangan, kebudayaan dan lain-lain.

Penganalisis tersohor India, Ramesh Chopra berpendapat, pertemuan pemimpin kedua-dua negara di Xi'an, iaitu tempat permulaan Jalan Sutera purba akan membuka lembaran baharu bagi perkembangan hubungan China-India.

Ahli Dewan Negara India, Tarun Vijay berkata, pertemuan pemimpin India dan China mempunyai erti bersejarah. Kedua-dua negara telah mencapai perjanjian penting dalam meningkatkan kepercayaan politik, mengukuhkan kerjasama ekonomi dan perdagangan, serta mempergiat interaksi kalangan rakyat. Ini menandakan hubungan kedua-dua negara memasuki tahap yang lebih tinggi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China