Cari:
Komuniti Berkongsi Nasib Manusia untuk Masa Depan yang Lebih Cerah
2015-05-22 11:33:28 CRI Cetak

Harian Renminribao China baru-baru ini menerbitkan artikel yang bertajuk: "Menjanjikan Masa Depan Dunia yang Lebih Cerah". Artikel itu memberikan ulasan tentang pembangunan komuniti berkongsi nasib umat manusia.

Menurut artikel itu, kerjasama saling menguntungkan yang ditegaskan dalam gagasan komuniti berkongsi nasib umat manusia selaras kepentingan pelbagai negara untuk mewujudkan pembangunan sendiri. "Komuniti berkongsi nasib" yang kerap kali dibentangkan oleh Presiden China, Xi Jinping di arena antarabangsa ini melahirkan hasrat rakyat China untuk bersama-sama dengan rakyat pelbagai negara dalam usaha mencipta masa depan yang lebih cerah.

Dalam artikel itu ditegaskan bahawa China tetap bersedia memikul tanggungjawab dan kewajiban antarabangsa untuk memelihara kepentingan rakyat pelbagai negara. Di Afika, China bersedia berganding bahu dengan rakyat Afrika dalam membanteras penularan wabak Ebola. Di Yeman pula, armada angkatan tentera laut China membantu membawa balik 279 orang warga asing dari medan yang berkonflik.

Selain itu, China juga proaktif mengambil bahagian dalam pelbagai mekanisme kerjasama antarabangsa, dan melakukan usaha yang gigih untuk menerajui pertumbuhan ekonomi dunia. Di samping itu, China juga bersedia memikul kewajipan yang sewajarnya dalam menangani pelbagai isu glolal termasuk masalah Semenanjung Korea, masalah nuclear Iran, krisis Ukraine dan Konflik Palestin-Israel.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China