Cari:
Xi Jinping: Kalangan Rakyat Asas Hubungan China-Jepun
2015-05-24 13:25:36 CRI Cetak

China dan Jepun seharusnya bersama-sama menerajui pembangunan secara damai dan mengekalkan persahabatan turun-temurun dengan mengambil iktibar daripada sejarah dan berdasarkan empat domumen politik antara kedua-dua negara. Demikian dinyatakan oleh Presiden China, Xi Jinping ketika menghadiri Perhimpunan Interaksi Persahabatan China-Jepun di Beijing semalam.

Presiden Xi dalam ucapan itu menegaskan bahawa kedamaian dan persahabatan tetap merupakan irama utama dalam hubungan rakyat China-Jepun sejak lebih 2,000 tahun yang lalu. Sejarah membuktikan bahawa persahabatan China-Jepun berfaedah kepada rakyat kedua-dua negara, dan Asia malah dunia.

Menurut Xi, tahun ini merupakan ulang tahun ke-70 kemenanganan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Antifasis Dunia. Jenayah pencerobohan yang dilakukan kumpulan militaris Jepun merupkan faktor sejarah yang tidak boleh diputarbelitkan. Pada pihak lain, perang itu juga mendatangkan kesengsaraan kepada rakyat Jepun. China dan Jepun seharusnya memperjuangkan kedamaian dan persahabatan yang kekal abadi berdasarkan semangat bersedia mengambil iktibar daripada sejarah dan memandang ke masa hadapan, agar memberikan sumbangan kepada kedamaian Asia dan dunia.

Tambah Xi, kalangan rakyat merupakan asas kepada persahabatan China-Jepun. Kerajaan China menyokong pertukaran di kalangan rakyat, dan menggalakkan pelbagai golongan masyarakat, khusus golongan muda menceburkan diri dalam usaha mengembangkan persahabatan kedua-dua negara.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China