Cari:
Pertukaran Kemanusiaan China-Kolumbia
2015-05-24 15:40:26 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang dan Presiden Kolumbia, Juan Manuel Santos bersama-sama menghadiri simposium pertukaran kemanusiaan China-Amerika Latin di Bogota pada pagi 22 Mei yang lalu.

Wakil dari kalangan kesusasteraan dan kesenian kedua-dua negara telah memperkenalkan keadaan pembangunan kesusasteraan masing-masing dan mengemukakan pandangan tentang pertukaran kedua-dua negara dalam bidang tersebut.

PM Li berkata, tahun ini merupakan ulang tahun ke-35 terjalinnya hubungan diplomatik China-Kolumbia. Kedua-dua pihak telah mencapai banyak hasil kerjasama pragmatik dalam tempoh lawatan kali ini.

Presiden Santos pula berkata, rakyat Kolumbia amat kagum dengan tamadun China yang bersejarah lima ribu tahun. Hubungan antara Kolumbia dengan China agak rapat seperti saudara. Kerjasama antara kedua-dua pihak semakin diperkasakan dalam pelbagai bidang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China