Cari:
Perkembangan Hubungan Tanah Besar-Taiwan demi Kesejahteraan Rakyat
2015-05-24 15:48:37 CRI Cetak

Ketua Pengarah Pejabat UrusanTaiwan Dewan Negara China, Zhang Zhijun mengadakan pertemuan kali ketiga dengan petugas Suruhanjaya Tanah Besar China pihak berkuasa Taiwan, Andrew Li-Yan Hsia di Jinmen petang semalam.

Zhang Zhijun dalam pertemuan itu berkata bahawa hubungan antara Tanah Besar dengan Taiwan telah menyaksikan perkembangan baharu sejak tahun 2008 dengan usaha bersama rakyat setanah air dan berdasarkan "Persepakatan 92" dan prinsip menentang "kemerdekaan Taiwan." Kedua-dua pihak dikehendaki terus bekerjasama dan mengintensifkan interaksi bagi mengekalkan perkembangan hubungan yang damai dan menyumbang kepada kesejahteraan rakyat.

Andrew Li-Yan Hsia pula menyatakan kesediaannya untuk mengembangkan hubungan antara kedua-dua pihak pantai Selat Taiwan berdasarkan "Persepakatan 92".

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China